Maklumat Korporat

Sejarah PKPU



SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN KAKITANGAN PERKHIDMATAN UGAMA (PKPU)

1.Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama Jabatan Perdana Menteri atau lebih dikenali dengan panggilan PKPU telah ditubuhkan oleh sekumpulan Pegawai Hal Ehwal Islam yang mula-mula berkhidmat di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri ketika itu.

2.PKPU telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Selangor (kini Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Selangor/Wilayah Persekutuan) pada 12 Februari 1980 dengan memperolehi Sijil Pendaftaran Bernombor: 3135 Selangor. Alamat asal operasi PKPU adalah di No. 2A, Pusat Islam, Jalan Lembah, Kuala Lumpur.

3.Penubuhannya bertujuan untuk melaksanakan enam (6) agenda utama iaitu:

a)Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli;

b)Memiliki harta melalui kegiatan ekonomi yang diluluskan oleh undang-undang negara dan syarak;

c)Menambah sumber kewangan mengikut dasar yang ditentukan dari semasa ke semasa;

d)Menderma kepada badan-badan kebajikan keugamaan, kebangsaan atau badan yang berdaftar;

e)Memberi biasiswa kepada anak-anak ahli/anak-anak bekas ahli/individu yang difikirkan sesuai; dan

f)Berusaha melaksanakan AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR.

4.Dari segi keahlian PKPU, jumlah keahliannya telah bertambah dari setahun ke setahun iaitu dari hanya beberapa orang pegawai sahaja kepada hampir 600 orang ahli ketika ini, selaras dengan penyusunan semula struktur perjawatan dan pemantapan melalui pertambahan serta pengembangan beberapa Bahagian baru dengan fungsi kerja yang lebih mencabar dan terfokus, yang diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

5.Berdasarkan dokumentasi, PKPU telah dan sedang ditadbirurus oleh satu jawatankuasa yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PKPU dan diketuai oleh Yang DiPertua (YDP). Mantan-mantan YDP dan YDP yang pernah dan sedang menerajui PKPU sejak ia ditubuhkan pada tahun 1980 adalah seperti nama dan sesi memegang jawatan berikut:-

BIL

NAMA

SESI MEMEGANG JAWATAN

1.

Datuk Haji Mohamad Shahir bin Haji Abdullah (Kini Allahyarham)

1980/1984

2.

Tuan Haji Md. Zaki bin Ab.Manan

1984/1985

3.

Tuan Haji Abdul Kadir bin Che Kob (Kini Allahyarham)

1985/1987

4.

Tuan Haji Taib Azamuddin bin Mohd Taib

1987/1988

5.

Tuan Haji Mohamad bin Jusoh

1988/1989

6.

Tuan Haji Md. Zaki bin Ab. Manan

1989/1990

7.

Tuan Haji Mohamad bin Jusoh

1990 – 12.11.1990

(Letak Jawatan)

8.

Tuan Haji (Kini Datuk) Wan Mohamad bin Datuk Syeikh Abul Aziz

12.11.1990 (Memangku)/1996

9.

Tuan Haji (Kini Datuk) Mohd Amin bin Saleh

1996/1997

10.

Tuan Haji (Kini Datuk) Wan Mohamad bin Datuk Syeikh Abul Aziz

1997/2002

11.

Tuan Haji Razali bin Haji Shahabudin

2002/2004

12.

Tuan Haji Othman bin Mustapha

2004/2007

13.

Tuan Haji Azizian bin Haji Hamid (Kini Allahyarham)

2007 – 11.11.2007 (Meninggal dunia)

14.

Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim

Januari 2008 -

Sekarang

 

6.Sehingga tahun 2008 ini, PKPU telah berjaya melangsungkan sebanyak 24 kali Mesyuarat Agung Tahunan bagi membentang laporan tahunan; penyata kewangan tahunan; melantik Jawatankuasa; dan membahaskan usul.

7.Sepanjang perjalanan keorganisasiannya, PKPU telah berjaya dan terus merancang untuk melaksanakan beberapa program utama khususnya dari segi perkhidmatan dan kebajikan bagi kepentingan semua ahlinya dan masyarakat awam yang lain.




Disediakan oleh : Webmaster
Tarikh :
Hits : 8405

Logo PKPU

PKPU telah memperkenalkan logo baru persatuan yang lebih ceria dan menampakkan imejnya sebagai sebuah persatuan yang berwibawa. Logo tersebut mengandungi tiga warna dan bentuknya sesuai untuk diterapkan dalam penerbitan dan cenderamata.

Penerangan Logo

Warna Biru - Melambangkan kedamaian dan kesejahteraan
Warna Kuning - Melambangkan KeAgongan Islam Sebagai Wadah Perjuangan
Bucu 8 Kaligrafi - Melambangkan Islam Sebagai Asas Perjuangan
Bucu 5 Kaligrafi kiri dan kanan- Melambangkan Setiap aktiviti berteraskan
Ilmu -Ilmu Islam

Quran - Sebagai Asas Rujukan Sepanjang Zaman