Viralkan..

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KADER JAKIM DI PDRM



Kuala Lumpur, 13 Februari 2023 – YBhg Datuk Mohd Ajib bin Ismail YDP Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama ( PKPU ) telah mengadakan kunjungan hormat kepada YDH. DCP Dato' Haji Ghazali bin Daud, Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunseling) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman


Kunjungan tersebut adalah bertujuan menyantuni Pegawai JAKIM yang ditempatkan di luar ibu pejabat iaitu di Polis Diraja Malaysia. Selain daripada itu juga PKPU bertukar maklumat semasa berkaitan perkhidmatan hal ehwal Islam dalam mengukuhkan jalinan ukhuwah sesama warga JAKIM disamping membentuk kesatuan fikrah dalam menjalankan amanah yang telah diberikan kepada mereka. Kerjasama yang begitu baik antara JAKIM dan PDRM akan terus diperkasakan lagi melalui peranan yang akan di selaraskan oleh PKPU. Perjumpaan turut diadakan bersama kader JAKIM yang bertugas di PDRM serta sesi dialog bersama kader turut diadakan.

Turut hadir, ialah Ybrs Ustaz Hj. Jamal bin Abdul Halim Pegawai Turus Agama PDRM, Ybrs. Tuan Haji Zakaria bin Othman NYDP PKPU berserta rakan exco yang lain.


Sumber : PKPU




















Disediakan oleh : Webmaster
Tarikh : 13-02-2023
Hits : 157

Logo PKPU

PKPU telah memperkenalkan logo baru persatuan yang lebih ceria dan menampakkan imejnya sebagai sebuah persatuan yang berwibawa. Logo tersebut mengandungi tiga warna dan bentuknya sesuai untuk diterapkan dalam penerbitan dan cenderamata.

Penerangan Logo

Warna Biru - Melambangkan kedamaian dan kesejahteraan
Warna Kuning - Melambangkan KeAgongan Islam Sebagai Wadah Perjuangan
Bucu 8 Kaligrafi - Melambangkan Islam Sebagai Asas Perjuangan
Bucu 5 Kaligrafi kiri dan kanan- Melambangkan Setiap aktiviti berteraskan
Ilmu -Ilmu Islam

Quran - Sebagai Asas Rujukan Sepanjang Zaman