Tarikh Kandungan : 13.08.2008

Sudah sampai masanya persatuan yang dianggotai oleh pegawai-pegawai agama turut menonjolkan diri di peringkat nasional. Persetujuan telah dicapai dalam Mesyuarat Exco PKPU baru-baru ini supaya PKPU memohon menjadi ahli dalam Kesatuan Sekerja (CEUPACS) yang bernaung di bawah Kementerian Sumber Manusia. Penglibatan PKPU dalam CEUPACS diharap dapat menyampaikan mesej-mesej penting dalam isu-isu perkhidmatan agama dan umat Islam untuk diperjuangkan bersama lain-lain pertubuhan.