Tarikh Kandungan : 10-01-2010

Ketibaan 12 Februari 2010 menandakan genapnya 30 tahun penubuhan PKPU.

Ini bermakna PKPU yang ditubuhkan pada tahun 1980 oleh sekumpulan Pegawai Hal Ehwal Islam yang mula-mula berkhidmat di Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri ketika itu telah mencapai usia tiga dekad.

Beberapa program sambutan bakal dianjurkan sempena usia 30 tahun ini dan diharapkan PKPU akan terus didokong oleh setiap ahli demi kebaikan bersama.

Untuk mengetahui aktiviti sepanjang sambutan ini, silalah lawati laman web PKPU.net dan berdaftarlah sebagai ahli PKPU. Sekretariat juga akan memaklumkan aktiviti-aktiviti PKPU melalui e-mail ahli berdaftar.