Seramai 56 orang pegawai Hal Ehwal Islam Gred S44, S32 dan S27 telah melaporkan diri di 27 kementerian sejak 2 Mei 2008 sebagai pegawai keder JAKIM. Penempatan mereka adalah bagi melaksanakan misi pelaksanaan Pendekatan Islam Hadhari di agensi-agensi kerajaan yang mula diperkenalkan oleh kerajaan sejak tahun 2005. Mereka juga akan melaksanakan tugas pengisian program Pelan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) serta Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (PNI). Sebelum ditempatkan di kementerian-kementerian, pegawai-pegawai berkenaan telah diberi kursus pendedahan mengenai Islam Hadhari dan pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia. Dengan penempatan pegawai-pegawai berkenaan di setiap kementerian maka usaha JAKIM dalam melaksanakan dakwah semakin bertambah luas.