Alhamdulillah hari ini PKPU bersama pengurusan tinggi JAKIM menghadiri program Libat Urus Madani Pegawai Kader Hal Ehwal Islam JAKIM Zon Utara Tahun 2024 bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis di Kangar Perlis.
YBrs. Dr Haji Ruslan bin Said, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM telah mengetuai sesi dialog dan ramah mesra bersama 65 orang Pegawai Kader Hal Ehwal Islam JAKIM Zon Utara dari negeri Perlis dan Kedah.
Turut hadir bersama Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan Ustaz Norzaidan bin Haji Hamad, Setiausaha PKPU JAKIM yang mewakili YBhg Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Presiden PKPU JAKIM.
Dalam sesi dialog dan ramah mesra yang dijalankan terdapat pelbagai persoalan dan pandangan telah dikemukakan oleh rakan-rakan Kader JAKIM Zon Utara. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis dan Setiausaha PKPU JAKIM telah berjaya memberi penjelasan dengan baik dan harmoni.
PKPU sentiasa bergerak seiring dengan pengurusan tinggi JAKIM bagi menjaga kebajikan Kader JAKIM ke arah meningkatkan martabat skim hal ehwal Islam di negara ini.