IJTIMAK PERDANA AGENSI AGAMA SELURUH MALAYSIA (IJPAM) 2025 BAKAL BERLANGSUNG DI NEGERI JOHOR
Putrajaya, 13 Februari 2025 – Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM)2025 bakal berlangsung pada 8 hingga 14 September 2025 di Negeri Johor. Pada tahun ini negeri Johor telah dipilih sebagai tuan rumah dengan mengambil kira kemudahan prasarana dan persiapan yang telah dilakukan.
Bagi memastikan kelancaran program itu nanti, Mesyuarat Jawatankuasa Induk IJPAM 2025 telah diadakan pada hari ini yang dipengerusikan oleh YBhg. Kolonel Dato’ Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)JAKIM. Ahli mesyuarat terdiri daripada wakil Ketua Agensi di bawah YB Menteri (HEA, wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri dan Pengarah Pengarah Bahagian di JAKIM.
IJPAM 2025 dijangka menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara agensi agama serta membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.
Adalah dharapkan agar IJPAM pada tahun ini dapat memberikan impak besar dalam memperkasakan peranan institusi agama di negara ini.