5 Ogos 2024. PKPU JAKIM telah mengadakan Ziarah Kebajikan serta menyambut jenazah Allahyarham Ustaz Muhammad Ikram bin Imran, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Kader Jakim di Hospital Sarikei, Sarawak) di Bangunan Kargo KLIA pada jam 9.30 malam.

PKPU yang diketuai YBrs Tuan Haji Zakaria bin Othman,Timbalan Yang Dipertua PKPU bersama tiga orang ahli jawatankuasa PKPU juga menyampaikan sumbangan wang tunai kepada waris Almarhum. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarganya. Semoga rohnya ditempatkan bersama para solehin.